ALL-IN-ONE
Friday, November 16th, 2007Assalamualaikum. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ingin ditulis sejak blog yang lepas, tetapi masa sering mencemburui. Sebulan kebelakangan ini, banyak betul perkara-perkara yang terkesan dan mengubah hidup saya.
TELEDYNAMICS
Teledynamics(TDM) ialah syarikat pertama saya bekerja setelah tamat pengajian. Bekerja sebagai Assistant Service Engineer, kerja keluar pergi ke customer site dan repair segala macam masalah telefon set brand TOSHIBA yang mereka telah beli. Kerja di TDM ini memberi peluang kepada saya melihat realiti hidup, pelbagai jenis manusia, ada yang keras, ada yang lembut, ada yang mulutnya sahaja lantang tetapi hati kecut, ada juga yang mulutnya diam sahaja tetapi tindakannya drastik. Itu baru di tempat kerja; usah dikira beratus-ratus customer yang saya lawati, masing-masing berkerenah sendiri. Semua itu mengajar dan mendewasakan saya. Ya, kerja itu kotor, tidak glamour, berpeluh, dan amat meletihkan; tetapi disitulah hidup. Baru tadi jumpa Yus, staff TDM, dia ungkapkan begini "apapun mesti ada kesusahannya, kalau senang pun mesti ada susahnya". Setelah 3 bulan bekerja di TDM, saya pun berhenti.
EAPPEN
Eappen ialah seorang lelaki India beragama Kristian yang juga rakan sekerja saya di TDM. Saya suka kalau dapat ikut pergi ke customer site dengan dia sebab yang pertama ialah dia tidak lokek dan akan belanja setiap kali makan; tak kiralah breakfast, lunch, dan minum petang. Memang dia banyak cakap itu ini, banyak complaint fasal kerja dan sebagainya. Tetapi disebalik kata-katanya yang bagi kebanyakan orang ‘mengarut’ itu, ada juga kebenarannya, bahkan bila teringat-ingat balik, lucu juga rasanya. Antara ungkapan yang masih saya segar di ingatan, dengan intonasi dan nada suaranya; "nanti saya mati bukan nak bawak Toshiba masuk dalam kubur, bukan nak jawab CTX dalam kubur" ; "i appreciate our parents" ; "sapa mau bayar? nak suruh bapak dia bayar? mak dia pun sudah mati!" ; dan kata-kata terakhir yang saya dapat dengar dari dia ialah "you work for few years, gain experience and contact, then start on your own, do keep in touch aa" di hari terakhir saya berkhidmat di TDM. Sudah 2 minggu Eappen dimatikan Allah, saya tak tahu nak cakap apa lagi.
AMIN
29 Oktober, saudara Amin meninggalkan kita semua, ya semua kita. Amin suffer from lung tumor selama hampir 2 bulan lebih sebelum menghembuskan nafs terakhir, berusia sekitar 18 tahun. Saya cuma rasa sangat sedih kerana dunia ini kehilangan seorang insan yang baik seperti dia. Dia rajin ke masjid, sangat menghormati orang tua, dan sangat gemar aktiviti-aktiviti keagamaan. Dahulu, Pelita Hidup 2006, dialah yang banyak membantu; bukan sahaja untuk remaja, tetapi untuk seluruh masjid. Besar hikmahnya bila difikirkan, zaman ini bukan mudah untuk istiqamah dalam kebaikan, belum tentu kalau Amin terus meningkat remaja dan dewasa, dia akan terus berada dalam kebaikan. Di saat ibu bapa nya redha dan sayang padanya, di kala masyarakat juga sayang padanya, Allah memilih waktu itulah untuk dihabiskan umurnya. Saya kira alhamdulillah, husnul khotimah melalui pengetahuan kita. Walaupun tidak terlalu banyak memori bersama Amin, tetapi tetap berbekas dan berkesan; merasakan orang yang dahulu pernah ada disisi, kini terbujur kaku, pergi dari semua kita. AL-FATIHAH.
PETRONAS MITCO JAPAN SDN BHD (MJSB)
Sudah 3 minggu saya join MJSB di KLCC. Saya ditawar bekerja sebagai eksekutif, bahagian procurement paip besi untuk drilling minyak. Saya juga akan dihantar bekerja di Labuan. Buat masa ini saya masih di KLCC yang boring, kerana masih tidak ada kerja. Inilah syarikat melayu pertama yang pernah saya bekerja; memang lain benar work culture orang melayu daripada multinational company atau bangsa lain di Malaysia ini. Mudah-mudahan saya mampu menempuh perbezaan ini, InsyaAllah.
AHMAD IMRAN AHMAD KAMAL
Owh, terlupa pula, kakak sudah bersalin pada 3 November yang lalu. Peristiwa manis buat sekeluarga. Alangkah sejuknya hati melihat bayi itu. Bila balik ke rumah, tatap wajah anak itu, mampu hilang segala penat lelah seharian. Kental budak itu, tangan dan kakinya kuat, dan baik perangainya. Dia tidaklah menangis tak fasal-fasal, kalau menangis tandanya lapar atau berak. Dahulu, kalau mandi pasti menangis, sekarang tidak lagi. Haihhhh…. seronok rupanya ada baby dalam rumah.
Mataku sudah kuyu…. Sekian..
Wassalam
