UTP akan Nostalgi
Bismillahirrahmanirrahim…
Sempena 5 tahun di UTP, jom kenang-kenang kembali susur galur perjalanan hidup yang membekaskan UTP sebagai salah satu perkara besar dan bekas yang terpahat dalam diri ini. Suatu hari yang kurang indah (kerana demam), sepucuk surat tiba di rumah. Terkedu membaca surat tersebut, kerana memang tak pernah harapkan berita itu. Saya terpilih dan ditawarkan temoat di UTP, juga biasiswa PETRONAS yang mengaburi mata. Baba dan Mama tampak gembira waktu itu. Keputusan dibuat, masuk UTP!
Beberapa hari sebelum hari pendaftaran, ketika dalam perjalanan pulang dari Pasar Tani, saya cakap dengan Mama, “Takutlah nak masuk UTP, mesti ramai budak2 pandai2 giler”… Mama kata rilek jer. Malam sebelum hari pendaftaran, siap lepak2 depan rumah Syazwan; macam sedih pun ada nak masuk UTP, maksudnya meninggalkan keseronokan bersama teman-teman dan Shah Alam yang indah itu.
Tanggal 4 Mei 2002 tiba. Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan. Beg dan perkakas memang sudah siap sedia sejak malamnya lagi. Selesai solat subuh, perjalanan segera dimulakan ( naik Volvo
). Semua ikut, Baba, Mama, Adik, Kakak, Amad. Tapi beg kecil, satu beg sahaja! Memang waktu itu saya sudah siap beruniform kemeja putih dan berseluar slack hitam seperti yang diarahkan. Setibanya di kawasan Tronoh, terdetik dalam hati saya, “Eh, betul ke keputusan aku nih…nak duduk kat tempat camni??”. Masuk pintu pagar UTP yang waktu itu tidaklah secantik sekarang. Kemudian melihat Sports Complex, sampailah ke Main Hall, tempat pendaftaran. Kami diarah untuk masuk ke dalam dewan, kemudian duduk di atas kerusi. Kedudukan kerusi itu mengikut urutan, lepas seorang selesai, orang sebelah injak ke kerusi yang kosong itu dan seterusnya. Saya duduk diam-diam atas kerusi itu, tak kenal sesiapa dan tak berminat nak kenal sesiapa. Tiba-tiba ade sesorang dari sisi tegur, ingin berkenalan kali. Die perkenalkan namanya, “Shahril” katanya. Saya pun perkenalkan jugalah diri saya. Wow, saya jadi impressed tengok budak tersebut buat pertama kali orang tegur saya di UTP, insan pertama yang saya kenal. Dalam hati berdetik “nampak cam budak pandai, ni mesti scorer giler ni”…ehehehehehe……
Selesai pendaftaran di Main Hall, kami terus ke Village 2 atau Lembaran untuk daftar kolej kediaman pula. Naik tingkat atas kafe Lembaran, staff yang bertugas mengagihkan kunci bilik bertanya, “Adik ada kawan tak??”. AKu jadi bingung, apahal pula dia nak tahu aku ada kawan atau tak. “Kalau adik ade kawan, bolehlah kitorg bagi duduk sekali kalau nak”. Saya cakap tak ada, tak kenal sesiapa pun. Saya dapat satu bilik yang masih kosong. Baba dan mama hantar sampai atas, kemudian tinggalkan saya mengemas bilik. Kemudian mereka pulang, ah saya ditinggalkan di tempat gersang ini dengan sedikit bekalan kewangan. Alhamdulillah, sebelum Baba dan Mama balik, teman-teman saya tiba. Syazwan, Firman, Boy, Aizzat, Apiz, dan Azim (kalau salah, sorry la) datang. Terharu, sanggup datang jauh-jauh menjenguk hari pendaftaran di sini. Mereka naik ke bilik, Aizzat tolong pasangkan cadar, mereka tolong kemas-kemaskan apa yang patut. Waktu itu roommate saya sudah tiba. Mak dia cerita yang dia pun tak ada kawan, so mak dia request bilik dengan budak yang sama course, maka dapatlah sebilik dengan saya. Sibuk betul mak dan adiknya mengemas bilik untuk dia (Baba dan Mama terus balik, harapan laa nak wat tu sume..ehehehe). Selesai kemas-mengemas, kami keluar minum di pekan Tronoh, oh sangat sedih pemandangan pekan yang kering kontang ini….
bersambung
May 9th, 2007 at 6:31 pm
emphasize naik Volvo tu x thn
May 10th, 2007 at 1:31 am
waiting for the sambungan…ahaks =p
May 10th, 2007 at 2:54 am
zhafri,bile ndak sambung???
hm…bile baca benda nie,teringat kenangan dulu2..
May 13th, 2007 at 7:08 am
terima kasih semua.. sabar yer..saya akan sambung… skrg bz dgn final xm…doakan sy…