Zhafri & SIlat….

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya tidak menulis blog. Tadi di masjid, waktu solat maghrib, terjumpa seorang pakcik, seakan-akan saya kenal. Ya! Pakcik itu ialah Cikgu Amin, cikgu silat saya di UTP waktu first year dulu. Terjumpa dia, bersembang sedikit dengan dia, menggerakkan diri saya untuk menulis atau menyorot kembali tentang saya dan silat. Kalau anda kenal saya dari zaman persekolahan, saya agak sinonim dengan silat, adik beradik saya juga. Sebabnya kami memang dari kecil sudah dihantar belajar silat.

Saya mula belajar silat, pada waktu itu mengikut gelanggang Silat Seni Gayung Malaysia di sekolah rendah. Waktu itu saya dan kakak belajar bersama-sama. Saya ingat lagi sayalah budak paling kecil dan paling lemah dalam gelanggang itu! Cikgu tu kalau tak silap namanya Cikgu Mustafa, agak tegas orangnya. Habislah kena maki juga waktu itu “PONDAN!!!”. Bayangkanlah saya hanya budak darjah 1, terpinga-pingalah belajar silat. Memang waktu itu amat berat dan malas rasanya nak pergi latihan, tapi Baba mendesak. Sampai saya darjah 2, tiba-tiba Cikgu Mustafa menghilang entah ke mana, tak datang mengajar lagi. Darjah 3, sempat juga merasa belajar Taekwondo, alahai senangnya, cepat sungguh naik ‘belt’.

Berita baik! Darjah 4, gelanggang silat gayung dibuka semula di sekolah, cikgu baru! Cikgu Hafiz, muda orangnya, ustaz di sekolah agama, waktu tu dia belum kahwin pun lagi. Dengan Cikgu Hafiz la baru rasa minat belajar silat betul-betul sebab Cikgu Hafiz tak pernah paksa-paksa atau marah-marah, tapi pernah la juga kena “taik kucing kamu” sekali dua :)) Mula-mula partner sparring dengan kakak, kemudian dapat partner baru, Azman! Saya terus aktif bersilat dari darjah 4 sehingga tamat tingkatan 5. Azman sampai tingkatan 3 sebab pergi ke sekolah berasrama. Memang sangat indah rasanya saat-saat itu. Dari bawah, naik perlahan-lahan sampailah ke Pelangi Merah (belt last).

Kemudian saya masuk UTP. Alhamdulillah di sini juga ada SIlat Gayung. Saya join juga mula-mula, waktu itu masih first year. Cikgu Amin itulah gurunya. Saya masih ingat lagi, saya masuk ke gelanggang di UTP ini, saya buat-buat macam budak baru, belajar semula basic dan sebagainya. Kemudian ada satu ketika ini, partner di sebelah saya ialah abang-abang senior, mereka sedang berlatih salah satu buah tapak kunci/pentas, kemudian mereka lupa langkah yang betul. Cikgu Amin hanya duduk memerhatikan dari jauh waktu itu, sambil menjerit memberitahu langkahnya, tetapi mereka masih tidak dapat langkah tersebut. Saya tergerak sendiri dengan tindakan refleks, bantu mereka, kemudian terus saya sambung latihan asas saya dengan pelajar baru juga, tidak berani rasanya nak pandang Cikgu Amin. Sejak hari itulah saya amat terasa Cikgu Amin asyik perhatikan saya (saya rasa tidak selesa la). Kemudian dalam upacara mandi tapak, Cikgu Amin masih mengekalkan istiadat, jadi adalah sebahagian dalam upacara tersebut, cikgu akan ambil limau kasturi dan potong dua selepas pelajar sebut namanya sendiri. Cikgu Amin pun tafsirlah satu-satu belahan limau tersebut. Sampai giliran saya, nervous juga rasanya, dia pun tafsir dan cakap “bagus, kalau nampak cahaya disini, teruskanlah belajar disini, belajarlah sehingga ke peringkat lebih tinggi”..OOpppsss terkedu saya, macam mana cikgu ni boleh tahu saya pernah belajar silat?? Hahahahaha….. Dan mulai hari itulah saya mula perasan yang dia akan ada depan saya setiap kali latihan, perhatikan betul-betul gerak-geri saya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berehat sahaja kerana beberapa faktor. Pertama, saya agak rimas diperhatikan oleh cikgu, dan yang kedua latihan hingga lewat malam mungkin menyusahkan saya pada waktu itu.

Tadi sempat juga berbual-bual dengan CIkgu Amin. Mulanya macam dia tak kenal saya, yalah, saya pun sudah tahun akhir dan sudah tembam! Pasti susah untuk cikgu cam lagi. Tapi kemudiannya dia macam kenal pula. Dia cakap tadi, “tak dapatlah sambung sehingga jadi yang terbaik!” Saya pun menceritakanlah kisah kondisi fizikal saya yang tidak mengizinkan ini “dah 2 3 tahun saya rehat pun…”

Tapi jauh di lubuk hati ini, rindu sangat untuk turun gelanggang, bersilat kembali seperti dahulu. Barulah badan tough sikit, sekarang dah gelebeh sana-sini. Tunggulah, saya sekarang dapat merasakan benar-benar 2 perkara; saya akan kembali aktif dalam silat, dan saya akan kembali aktif bermain muzik, hanya masa menentukan, tapi memang saya dapat rasakan itu.

Sekian…Wassalam

8 Responses to “Zhafri & SIlat….”

  1. 'AMH' Says:

    ZHAF ..
    CAN TEACH ME LIOU HOW TO SILAT KAN…

  2. aHmAd ZhAfRi Says:

    aiyah, dangerous to teach without proper guru la… hauahuahauah…. kat uitm mesti ada gelanggang yg ko bole join kan.. why not..

  3. Ahmad Zharif Says:

    hahah…apekah!!! post berani mati nih!!! neway adek pun kekdg rindu gak silat…..harituh dok dalam bilik sengsorg, kate bilik besar, ape lagi…cuba laa nak mengingat golongan klu leh smp golongan 51 gtu….tup tup,…golongan sepuluh pu dah x lepas…lepas tuh kaki pinggang suma bagai nak patah…dok asek maen sepak sana sini!!…besh!!!

  4. Sharifah Zahira Says:

    aku pun dulu silat..

    tp kesibukan membuatkan aku terpaksa tinggalkan silat

    tp kkdg org2 silat ni berpuak2 kan? komen sket zap..

  5. aHmAd ZhAfRi Says:

    sharifah,

    orh silat berpuak2?? ntahla, for me it depends… aku x berpuak2 pun… kdg2 mungkin semangat persilatan tu mengeratkan mereka, tu yg nampak mcm berpuak2, tapi aku rasa it depends on orang jugak…..

  6. Anith Afiq Says:

    zhafri,

    nak main musik?

    wow!
    masuklah 425.

    tapi lepas ini sudah nama lain :)

  7. aHmAd ZhAfRi Says:

    owh en afiq,

    425?? mungkin tidak..ahahahahaha……

    ada masanya, kalau betul, ada lah tu… kalau tak, diam2

  8. Noraziah Says:

    Assalammualaikum..
    Hope kita akan terus memartabatkan PSSGM kerana ianilah akar budaya bangsa kita yg perlu dipertahankan selama-lamanya.

    Azi pun akan cari new gelanggang kat sini, dulu gelanggang tmpt len, now keje JB n kena cr gelanggang di sini..

    Caiyok2.. Kesenian itu indah- PSSGM is the part of!

Leave a Reply