Archive for January, 2007

Friday, January 12th, 2007

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Kajian by Dr Fadzilah Kamsah… saya lahir bulan April… memang banyak yang betul :)

….ik Turun Naik Turun Naik Turun Naik Turum Naik Turun Naik Tur…..

Friday, January 12th, 2007

Bismillahirrahmanirrahim…

Result exam keluar lagi. Bermacam-macam reaksi, ada yang tersenyum gembira, ada tertawa di dalam hati sahaja, ada tersenyum sinis, ada diam membisu, tak kurang juga yang bersedih. Tapi saya? Saya rasa sedikit sahaja, sebentar, lepas itu hilang. Seperti sudah tidak ada perasaan dan ghairah lagi tentang result exam. Otak saya semakin cetek, ‘asalkan tidak fail & boleh habiskan lagi satu semester’.

Bila saya fikir-fikirkan, owh saya sudah letih dengan hidup sebegini. Saya hidup berpura-pura, terpaksa suka akan akademik, terpaksa suka akan peperiksaan. Saya pilih subjek itu kerana saya mahu ilmu darinya, saya minat subjek itu. Ada orang kata ‘giler’ ambil subjek itu. Semua orang tahu bukanlah mudah sangat pun subjek itu. Tapi saya degil, mahu juga. Sekarang dengan keputusan yang rendah, saya tetap degil mengatakan ‘berbaloi’ saya ambil subjek itu. WORTH IT kata saya, kerana saya sudah faham beberapa perkara yang saya sering tertanya-tanya, saya sudah tahu tentang dunia itu, bidang itu, walaupun markahnya corot. Saya memang suka begini kan, dari dulu lagi.

Sekarang rakan-rakan sudah mula bercerita tentang graduation, tentang mencari kerja, alam pekerjaan. Sering bertanya dan tertanya-tanya apakah ada ruang untuk orang rendah seperti aku dan lain-lain, adakah ruang yang best nanti, adakah hidup yang tenang nanti…ohohohoho…. banyak yang harus difikirkan. Betul cakap Cikgu Hanezah dulu, “….semakin kamu besar nanti, semakin banyak perkara yang harus kamu fikirkan…..”

Umur terus meningkat, terfikir juga adakah diri ini makin baik dan bagus? Ataupun semakin ‘decline’? Entahlah….. Semoga Allah membantuku. KuperlukanMu Ya Allah, aku lemah, aku perlu bantuan kalian juga, bantulah diri ini mengahadapi seruan hidup ini. Semoga kita semua peroleh kejayaan, terutama rakan-rakanku di semester akhir ini. Yang penting bahagia di dunia, bahagia di akhirat.

Aminn..

Orang Itu Kan Sudah Pergi…

Friday, January 5th, 2007

Bismillahirrahmanirrahim…

Saya terus mahu tulis blog ini sedari saya terdengar cerita yang amat menyakitkan hati saya. Seorang ahli keluarga saya tegar mengatakan Allahyarham Pakcik tidak tenang di sana. Dengan bangga pula menjaja cerita dikalangan ahli keluarga kononnya pada hari pengebumian tersebut, liang lahat tersebut tidak muat, pasal itulah lambat sedikit pengebumian. Astaghfirullahalazim. Sekali cakap memang orang akan terus percaya, terutama yang sudah tua-tua. Sebab memang betul pun, waktu hari itu, kami sampai di tanah perkuburan, terpaksa tunggu dalam 5-10 minit juga. TETAPI JENAZAHNYA TETAP DALAM VAN!!

Apa yang berlaku sepanjang hari itu, memang saya tahu, kerana saya yang sama-sama menguruskannya. Saya kira proses memandikan dan mengkafankan berjalan terlalu cepat. Kami sampai ke tanah perkuburan agak awal, jadi tukang penggali kubur masih belum habis menggali kubur. Setelah dalam 5-10 minit, barulah penggali kubur selesai menjalankan tugasnya. Kami keluarkan jenazah dari van jenazah, lalu terus desemadikan. Apa yang tidak muatnya?? Kalau tidak muat, pasti saja jenazah terpaksa diangkat kembali, dan harus digali lagi. Ini, sekali masuk saja. Saya amat kesal dengan tuduhan tersebut. Yang paling saya kesal ialah kerana perkara tersebut tidak benar, saya sendiri menyaksikannya. Sampainya hati.

Allahyarham bukan kaki perempuan, bukan kaki judi, bukan minum arak. Dia amat menjaga hubungan dengan orang tua, sering sangat membantu orang lain, naik turun masjid, pergi kelas-kelas agama, ceramah, dan sebagainya. Tegarnya orang itu menuduh Alahyarham. Saya amat risau, Allahyarham sudah tentu dengan takdirnya yang ditetapkan Allah, tetapi orang itu? Bukankah apabila kita membuka aib orang, maka Allah juga boleh membuka aib kita yang tersangatlah banyak ini. Apatah lagi kita menceritakan perkara fitnah terhadap yang telah pergi, bagaimana mahu mohon ampun? Astaghfirullah.

Saudara sekalian, saya pesan pada diri saya dan anda sekalian, bukan mudah untuk mengatakan itu dan ini terhadap orang lain, apatah lagi mengatakan yang buruk. Abang naqib saya dulu pernah kata “jangan sesekali pandang rendah/hina orang lain kerana boleh jadi dia ahli syurga, boleh jadi kita boleh jadi ahli neraka” Astaghfirullah…

AL-FATIHAH