CLASS
Di kala kesangapan ini, tergerak pula untuk menghabiskan kisah UTP AKAN NOSTALGI ini. Kali ini tentang 'kelas' pula, bagaimana rasanya belajar di universiti. Mula-mula, saya ikut orang saja, tak tahu bagaimana mahu mendaftar, tak tahu subjek apa yang harus diambil, tak faham pun sistem jam kredit dan sebagainya, jadi untuk senang dan selamat, ikut sahaja orang lain, sementara faham. Kelas pertama di UTP, huh, inilah kelas pertama yang 100% dalam English. Bayangkanlah belajar Matematik dalam English, yang saya tak pernah langsung laluinya. Mula-mula memang sukar, kerana harus terlebih dahulu faham dan genggam segala macam perbendaharaan kata yang pelik bagi saya dan teman-teman. Ada juga yang sampai bawa kamus masuk dalam kelas. Tetapi itu semua berlaku hanya dalam beberapa minggu sahaja. Dan setelah beberapa tahun, semua pun boleh berbicara dalam English dengan petah sekali :)
Apa yang saya suka belajar di universiti ialah tiada paksaan. Tiada homework setiap hari seperti di sekolah. Homework boleh disiapkan pada hujung minggu, hari-hari biasa bolehlah dibuat ulangkaji. Saya kan datang dari sekolah harian, jadi preference saya memang begitulah. Mula-mula saya masuk ke UTP, bila balik dari kelas, hampir semua teman-teman campak buku, dan bersantai; dimana itu bukanlah gaya saya. Saya sudah biasa begini, balik kelas, makan, rehat sebentar, dan ulangkaji apa yang baru dipelajari, membuat peta minda, buat latihan, dan rehat. Begitu rasanya enak kerana beban kurang. Dan apabila peperiksaan akhir menjelang tiba, saya kurang kaget kerana saya sudah cover semua topic, tinggal refresh dan ulangkaji semula peta-peta minda saya yang berwarna-warni itu. Saya masih ingat malam first final exam, saya tidur awal, kira-kira jam sepuluh malam kerana saya mahu segar untuk menjawab exam esoknya. Ada teman yang berasa hairan dan mengatakan seolah-olah saya 'rileks jer.... tak study pun..'. Oh, saya mula rasa serba salah, tapi saya biarkan sahaja. Ternyata result saya lebih baik dari mereka. Tapi sayang seribu kali sayang, memang manusia mudah dipengaruhi persekitaran kan...sekarang saya juga seperti mereka... Kurang ulangkaji harian, ulangkaji berlaku sempena test dan exams :) Walau apapun perhatian dalam kelas itu jugalah yang paling penting!
SUBJEK
Dalam banyak-banyak subjek, Digital Electronics I menjadi pilihan hati. Entah kenapa sejak belajar subjek itulah, hati terpaut kepada electronics stuffs, dan perasaan terhadap power system semakin terbuang jauh. Kemudian subjek Physics II. Suka kerana pensyarah, Dr Manzoor bagi saya mengajar dengan sangat baik. Saya mula faham tentang konsep capacitor dari dialah, bagaimana susah payah dia menggunakan 2 batang pen untuk mengillustrasikan konsep dan mekanisme capacitor. Begitu juga konsep-konsep asas electromagnetic, electric field, magnetic field, transformer dsbnya. Kelas yang paling rilek dan seronok??? Gamelan I dan Gamelan II!! Sudah tentulah, saya sudah biasa dan gemar dengan gamelan, Dapat-dapat lagi main lagu Nuraniza Idris, seronoknya dalam hati. Satu hari Baba datang UTP, Baba nampak "UNIT KO-KU" lalu Baba pun tanya, "HI ambik ape utk ko-ku??" lalu dijawab "Gamelan I, Gamelan II, & PRS..cukup 3 credit hour"...Baba buat muka dengar jawapan anakanda lantas "takde subjek lain ker...ehehehehe".... Nasiblah, dapat anak freak gamelan...eheheheh....
LECTURER
Pensyarah yang tak akan dilupakan?? Ramai jugalah, saya bukannya orang yang mudah kenal orang, dan bukan mudah juga melupakan orang yang telah saya kenal. First, Dr Muhammad Awan, terima kasih kepada dia yang mengajar cara-cara calibrate oscilloscope! Kemudian Dr Balbir yang penuh sarat dengan cerita-cerita di dalam kelas, cerita dia sahaja lebih banyak dari apa yang diajarnya, lessons of life pun bagus juga. Lagi Ms Nasreen, sangat sistematik dalam pengajaran, dan itu memudahkan pembelajaran bagi saya, walaupun harus mengajar subjek DSP yang digeruni, dia lakukannya dengan baik sehingga tidaklah terasa sangat sukar (walaupun agak berat juga). Kemudian Ms Suhaila yang mengajar Electrical Machine dan Plant Process. Walaupun saya benci subjek yang berkaitan dengan power, tetapi dia mengajar dengan baik sehingga dapatlah saya menjawab soalan-soalannya dengan baik, walaupun penguasaan konsep masih lemah. Dia baik, tetapi sampai sekarang saya masih tak faham kenapa ramai orang cakap dia strict dan garang, bagi saya tidaklah terlalu garang...jumpa dan negotiate dengan dia elok-elok, pasti segala permintaan dikabulkan..eheheheh... Tapi yang salute sangat sbb dia boleh hafal nama student2 die, entah dari mana dia tahu, sebab kita semua tidak pernah pun introduce nama. Dan akhir sekali Dr Yap, ini supervisor FYP. Dari hari pertama saya kenal dia sewaktu dia beri taklimat FYP, saya sudah tertarik untuk bekerja dengan dia, lalu saya memberanikan diri berjumpa dan mohon projek dibawahnya. Saya datang dari jurusan komunikasi, minor in control, tapi Dr Yap jurusan komputer...tetap juga dia sudi terima saya, bimbing dan ajar saya yang tuli tentang bidang computer system ini. Dia sangat profesional, itu yang saya suka, sangat supprotive dan tidak ambil ringan dengan projek pelajar-pelajarnya. And his English is superb, nice listening to his English sampaikan nak cakap English dengan dia pun jadi fobia :))
PERISTIWA YANG TAKKAN DILUPAKAN
Pertama sekali ialah kes gaduh waktu di Lembaran dulu. Suatu pagi yang indah, saya sedang menuju bilik mandi, tiba-tiba saya nampak sekumpulan rakan-rakan se-batch naik dan bergaduh dengan seorang yang saya tak kenal, bukan budak UTP. Bergaduhnya sehingga ditumbuk budak itu di mukanya, dipukul dengan penutup tong sampah, dipukul dengan 'signboard', sampai berdarah jugalah. Saya geram, tapi malas nak masuk campur. Rupa-rupanya budak itu semalamnya sudah belasah seorang budak UTP; gara-gara wanita. Waktu itu saya sangat geram dan sangat kesal dengan rakan-rakan searas, anak-anak RHCP yang turut memberi sokongan terhadap pergaduhan-pergaduhan tersebut. Tapi saya diamkan sahaja dan malas nak masuk campur. Sampai saya balik kelas pun mereka masih belum selesai konforntasi disitu... Saya ada dengar juga kes-kes gaduh yang lain, dan saya jujur, sangat kesal dengan penglibatan anak-anak RHCP, mungkin mereka masih 'kecil' waktu itu.
FINAL WORDS
Tiada ucapan yang lebih indah melainkan TERIMA KASIH SEMUA. Hidup di UTP mengajar saya mengenali pelbagai ragam kehidupan, menghadapi susah senang hidup, faham erti perjuangan, faham erti persahabatan, faham erti cinta dan kasih sayang yang abstrak itu, kenal diri, kenal Tuhan, kenal insan. Yang pasti saya pasti akan kehilangan ini semua sedikit masa lagi, InsyaAllah dan perjalanan hidup yang masih entah apa lagi, harus dirempuh dan ditempuh lagi dan lagi. Terima kasih kepada semua dan kepada teman-teman, THENKS!! Rakan-rakan yang sempat saya kenal di UTP, terima kasih...sekadar menyebut beberapa nama;
TEMAN2 (thenks);
BAL
AFIQ
DZQ
CUCOX
KOPAB
ADEK
OTEK
APEK
DAUS
IZU
BONG
JU
MAMAK
EPUL
DASZ
ONNY
ZACK
AWE
MERR
KAKPAH
GENG2 MAKCIK - KIENA, JAJA, KIKI, ROSU, SITI, FIZA, FA, DLL
COACH
ALI
MAE
DIN
ASHRAF GC AJIS
WESZ
SAAIM
ADLI
REZA
AKRAM
ADIBAH
ATIQAH CIKGU MURNI
APITON
NURUL DIN
IKMAL EE
MUSPA
EMIL ZYE
MUSLIM
NAS
MUSTAFA KAMAL
IMAN
NADIA
ZAK
ADIK2 (nice knowing u all);
HARITH
EZMAL
PITYA
FARID
PZO
FADLI VOLVO
FRITZ
IMAN
MUNZIL
GEE
CYDEE
LUPE LAK NAME SORG NI.... TAPI IGT MUKE
ADIK2 KELAS PCS... YANG INGAT NAME; FRITZ,AIMAN,BAYRAM,MANSUR,LULA...DLL LA EK
DAMANHURI
AKAK2&ABG2 (terima kasih bnyk2);
KAK HAWA
KAK PIEJA
KAK SITI FATIMAH
KAK AZIRA
ABG ISNANI
ABG AZHAR
ABG YASIN
ABG EDZ
dan yang lain2 juger....
P/S...sorry ye kalau panjang...ehehehehhe....
-TAMAT-
Recent Comments